-->

Saturday, May 5, 2012

Colour Pencil vs Oil Pastel

Hi to all .....

Salam buat pengunjung yang dihormati ......

Yang mana anak anda lebih minat? Melukis dengan pensil warna atau warna air atau oil pastel?

Selalunya anak-anak akan memilih oil pastel atau crayon kerana lebih cepat siap dan warnanya lebih terang. Tangan anak-anak yang kecil akan cepat lenguh apabila mereka menggunakan pensil warna dan pensil warna haruslah di asah dengan kerap dan ini akan menjadikan pensil warna tersebut cepat pendek, warna yang kerap digunakan akan pendek dahulu dan warna yang jarang digunakan akan lebih panjang.

Di bawah ni hasil seni anak perempuan saya Athirah ketika dia berusia 11 tahun. Sebenarnya Athirah ni tidak berapa suka menggunaan pensil warna... dia lebih suka menggunakan oil pastel. Akan tetapi sejak berpindah ke Manjung ni setiap kali pertandingan mewarna diadakan di sekolah, mereka hanya menggunakan pensil warna ... tu yang dia mula berlatih menggunakan pensil warna. Inilah hasilnya ......






Cuba teka lukisan di bawah ini dari medium yang mana satu? Warna air atau oil pastel?






Saya menggunakan oil pastel ketika menghasilkan kedua-dua lukisan ni...... melukis sambil diperhatikan oleh anak-anak, rasanya lebih selamat menggunakan oil pastel kerana ianya kering.


Warna vs anak-anak, ibubapa serta guru ......


Ada kalangan ibubapa dan juga guru-guru yang tidak suka anak-anak menggunakan oil pastel kerana tidak suka tangan anak mereka serta meja yang digunakan kotor.

Selalunya di dalam kelas saya, saya akan praktikkan penggunaan kertas tisu untuk dilapikkan di bawah tangan anak-anak dan menggunakan alas meja plastik kerana ianya mudah dicuci. Rasanya tidak pernah ada masalah walaupun anak murid saya berusia seawal 3 tahun hingga 6 tahun. Anak-anak murid saya akan diajar untuk mencuci tangan mereka dengan betul sehingga bersih. Saya akan pastikan kuku mereka juga bersih sebelum kelas tamat. Hei .... kita yang mengatur mereka ok.... bukan mereka yang mengatur kita.... jadi jika kita mempraktikkan kebersihan kepada mereka, maka mereka juga akan menjaga kebersihan diri mereka seperti yang kita inginkan.

Ada juga ibubapa yang tidak suka membelikan anak mereka pensil warna atau oil pastel kerana tidak mahu dinding rumah mereka diconteng.....hemmmm.....saya adalah ibu kepada 5 orang anak dan tidak ada seorang pun dari anak saya yang menconteng dinding walaupun mereka melihat orang lain melakukannya. Kenapa? Kerana anak-anak saya didedahkan kepada penggunaan kertas sejak mereka bayi lagi dan mereka selalu diingatkan agar tidak menconteng di dinding.

Hem... takut anak-anak menggigit pensil warna atau oil pastel mereka? Anak-anak yang masih kecil haruslah mendapat bimbingan ibubapa mereka.... jadi setiap kali anda memberikan mereka kertas atau buku untuk mewarna, duduklah bersama mereka dan peganglah tangan mereka agar anak-anak faham bagaimana cara yang betul menggunakan alatan yang diberikan kepada mereka.

Oil pastel adalah bagi penggunaan anak-anak yang berumur 3 tahun ke atas. Bagi pensil warna pula .... cuba belikan pensil warna yang bersaiz besar agar lebih mudah bagi anak anda memegangnya. Jangan asah pensil warna terlalu tajam kerana ianya boleh membahayakan anak anda.

Letakkan buku mewarna mereka bersama-sama dengan alatan mewarna agar anak-anak dapat mendisiplinkan diri mereka. Sediakan meja dan kerusi khas untuk mereka. Sediakan alas meja plastik yang berwarna-warni dan menarik, anda juga boleh menggunakan alas meja pakai buang yang selalunya digunakan untuk majlis hari jadi.

Ok selamat mencuba......