Thursday, July 14, 2011

Melakar Figura

Figura - Lelaki




















Ok...bagaimana? Bolehkah anda ikut langkah demi langkah cara melakar figura seperti yang ditunjukkan? Untuk mendapatkan lebih banyak lagi teknik lakaran...Teacher Akhmar cadangkan anda membeli buku di mana Teacher Akhmar dapatkan contoh lakaran tersebut iaitu buku terbitan SASBADI bertajuk "Figura dalam Seni Halus" hasil tulisan Abu Sareh Haron. Harga buku tersebut hanya RM15.90. Teacher Akhmar dapatkan buku ni di Badan Bookstore.

Ada satu lagi buku yang sangat special bagi Teacher Akhmar kerana telah menggunakannya semenjak Teacher Akhmar di bangku sekolah lagi iaitu kira-kira 27 tahun dahulu.....lama tu......buku ni di sarankan kepada Teacher Akhmar oleh guru Persatuan Seni Teacher Akhmar ketika itu, iaitu Cikgu Sulaiman (TERIMA KASIH CIKGU) di Sekolah Menengah Durian Daun Melaka. Buku yang sangat berbaloi untuk dibeli...harganya hanya RM7.90 sekarang, dahulu ketika Teacher Akhmar beli hanya RM7.00...tak jauh bezakan? Adik Teacher Akhmar yang belajar di UITM jurusan Seni Reka juga menggunakan buku ini sebagai rujukan ketika dia belajar dulu. Buku ini kali pertamanya dicetak pada tahun 1975 dan sehingga kini telah mencecah cetakan keempat. Dalam buku ni terdapat pelbagai contoh lakaran termasuklah rekabentuk tulisan...bahagian ni yang paling Teacher Akhmar suka kerana Teacher Akhmar paling minat melukis poster.

Wah tak sabar nak tahu buku apakan? Tajuknya "Asas Seni Lukis Sekolah Menengah", terbitan Crescent News (K.L) Sdn Bhd.

Ok....bagaimanapun Teacher akan terus downloadkan contoh-contoh lakaran dari buku-buku Teacher Akhmar yang lain....ada banyak lagi tau.....tapi kena tunggulah.....sekarang tengah sibuk menyiapkan tempahan menjahit....nak rayakan.........

OK....selamat mencuba.........

No comments:

Post a Comment